PENGHARGAAN

Assalamualaikum 
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan blog saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “ INTERNE T”.  Blog yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek KSK 5043.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek blog saya ini. Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, “Puan Siti Zalifah binti Wagimin dan Cik Nur Izzati binti Mhd Khatim” kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan blog ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk blog saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. 
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongankepada saya sepanjang blog ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek blog masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek blog amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya lupakan
.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek blog saya dijalankan dan dibentangkan.

Comments